2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

Friday 9 November 2012

Kerana Diriku Begitu Berharga...

Bukan semua perkara kita boleh cerita... Betul... Tapi tak salahkan jika kita berkongsi rasa... Rahsia tetap rahsia... Hidup aku bukan semudah yang dijangka... Aku hidup berdikari sejak berumur 17 tahun... Aku mula bercinta pada umur 18 tahun... Masa zaman sekolah aku tak pernah bercinta... Ada la kawan2x lelaki kat sekolah tu yang hantar surat cinta tapi setakat tu je la... Keluarga aku sangat menjaga aku & ayah tak pernah benarkan aku untuk pergi ke sekolah asrama sehinggalah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading... Masa tu la aku bertemu dengan cinta pertama aku... Hubungan jarak jauh kami hanya bertahan selama 3 tahun... Bila aku tamat diploma, hubungan aku dengan dia pun hancur... Aku bertemu cinta kedua ketika aku berada ditahun pertama ijazah... Kali nie percintaan aku cuma bertahan selama setahun... 

Selama 5 tahun aku belajar & berjauhan dengan keluarga... Aku tamat pengajian sewaktu aku berumur 23 tahun... Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga aku menunaikan hasrat keluarga aku untuk melihat aku memiliki segulung ijazah... Selepas tamat pengajian aku berhijrah ke Kuala Lumpur... Salah satu sebab aku ke kota yang penuh cabaran nie adalah kerana aku kecewa dengan cinta... Aku membawa diri & mendapat kerja disalah sebuah syarikat "IPP"... Aku tak sangka sampai sekarang aku masih di situ... Tahun nie dah nak masuk tahun ke-6 aku berkhidmat di situ... Begitu banyak pengalaman yang aku hadapi... Jatuh bangun aku tetap sendiri membawa diri...

Aku seorang insan yang biasa2x je tapi agak rumit nak faham isi hati aku nie... Tapi kalau betul2x faham, mesti tahu yang aku nie seorang yang periang & tak suka menyusahkan orang lain... Aku tak suka pergaduhan & kekejaman... Aku amat sayang kekeluargaan, persahabatan & percintaan... Hanya untuk insan2x terpilih yang telah ditakdirkan buat aku...

~ Mia Amisa ~

1 comment:

  1. Aww... babe, I know you are tough enough. God has a plan for everyone in life. Just wait with patient and you will find your way. Remember, everything happens for a reason. When it happens, dont blame or judge anything. Just sit still and think why, eventually you will learn something valuable in it.

    I maybe seems to far apart, but friendship is always be there when you needed me :)

    ReplyDelete