2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

Tuesday 27 November 2012

The Twilight Of My Life...


Love is beautiful if you know how to appreciate with your honest heart :')


Tuesday 13 November 2012

OwH MoViE...


Aku suka tengok movie... Tapi aku memang suka layan movie melayu yang romantik2x gitu & ada kelakar2x sikit... Kalau jiwang habis pun aku tak berapa nak layan... English movie pun aku layan gak... Tapi tengok la jalan citer yang macam ner kan... Untuk bulan November nie aku dah senaraikan top movie yang memang aku suka nak layan... Jom check it out !!!

Minggu Pertama... Skyfall...
Komen: Dah tengok & boleh la bagi 4 out from 5 bintang :')



Minggu Kedua... Istanbul Aku Datang...
 Komen: Sangat best ye... Enjoy movie nie sejak mula sampai habis... Memang terbaik la... Saya dengan sukacita bagi 5 out from 5 bintang :')



Minggu Ketiga... The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2...
Komen: Dah tengok... Sangat best... Sampai sekarang mabuk twilight & lagu a thousand years... HaHaHa... So 5 out from 5 bintang :')



Minggu Keempat... Lagenda Budak Setan 2: Katerina...
Komen: Waduhhh... Movie nie memang terbaik la masa bab pertama tu... Yang kedua nie tak best la... hurmmm... Saya bagi 3 bintang out from 5 bintang :')


Friday 9 November 2012

Kerana Diriku Begitu Berharga...

Bukan semua perkara kita boleh cerita... Betul... Tapi tak salahkan jika kita berkongsi rasa... Rahsia tetap rahsia... Hidup aku bukan semudah yang dijangka... Aku hidup berdikari sejak berumur 17 tahun... Aku mula bercinta pada umur 18 tahun... Masa zaman sekolah aku tak pernah bercinta... Ada la kawan2x lelaki kat sekolah tu yang hantar surat cinta tapi setakat tu je la... Keluarga aku sangat menjaga aku & ayah tak pernah benarkan aku untuk pergi ke sekolah asrama sehinggalah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading... Masa tu la aku bertemu dengan cinta pertama aku... Hubungan jarak jauh kami hanya bertahan selama 3 tahun... Bila aku tamat diploma, hubungan aku dengan dia pun hancur... Aku bertemu cinta kedua ketika aku berada ditahun pertama ijazah... Kali nie percintaan aku cuma bertahan selama setahun... 

Selama 5 tahun aku belajar & berjauhan dengan keluarga... Aku tamat pengajian sewaktu aku berumur 23 tahun... Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga aku menunaikan hasrat keluarga aku untuk melihat aku memiliki segulung ijazah... Selepas tamat pengajian aku berhijrah ke Kuala Lumpur... Salah satu sebab aku ke kota yang penuh cabaran nie adalah kerana aku kecewa dengan cinta... Aku membawa diri & mendapat kerja disalah sebuah syarikat "IPP"... Aku tak sangka sampai sekarang aku masih di situ... Tahun nie dah nak masuk tahun ke-6 aku berkhidmat di situ... Begitu banyak pengalaman yang aku hadapi... Jatuh bangun aku tetap sendiri membawa diri...

Aku seorang insan yang biasa2x je tapi agak rumit nak faham isi hati aku nie... Tapi kalau betul2x faham, mesti tahu yang aku nie seorang yang periang & tak suka menyusahkan orang lain... Aku tak suka pergaduhan & kekejaman... Aku amat sayang kekeluargaan, persahabatan & percintaan... Hanya untuk insan2x terpilih yang telah ditakdirkan buat aku...

~ Mia Amisa ~