2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

2014 ~ 2015 UnTiL JaNNaH

Sunday 24 June 2012

Kisah Hati...

Assalamualaikum... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis & bertemu lagi dilembaran yang baru... Sejak buat blog yang baru nie aku jarang mengemaskini cerita2x tentang diri aku... Mungkin aku memilih untuk menjadi lebih misteri & berkongsi madah2x je kot... Tapi jika ada cerita yang menarik, aku sedia berkongsi dengan semua... Tak salah kan??? hehehe...


Kehidupan aku sekarang... Syukur ku panjatkan pada ILAHI kerana memberi aku kekuatan untuk terus melangkah... Kerjaya juga agak seronok sekarang... Aku tak de benda lain yang lebih penting selain kerjaya aku... Cinta dah lama pupus dalam jiwa aku... Aku malas nak fikir... Aku cuma senang berkawan buat masa sekarang... Umur aku dah 28 & agak lewat bagi seorang wanita yang masih berstatus solo... Bukan aku tak mahu tapi mungkin jodoh aku telah ditentukan oleh-NYA agak lewat... Aku redha & aku gembira dengan kehidupan aku sekarang... Soal hati nie bukan boleh dipaksa... Ibu aku pun ada cakap... Jangan paksa hati... Cinta itu suci... Ikhlas...

Impian aku nak berjaya & membahagiakan keluarga aku... Especially ibu aku... Tapi bila bercakap tentang impian aku sahaja... Aku nak beli rumah & kereta idaman... Pergi melancong ke Switzerland pada musim bunga... Wahhh... Seronok !!!

Sekian sahaja cerita aku setakat nie... Nanti aku tulis lagi jika ada kesempatan & cerita yang menarik ye... Semoga aku berjaya mencapai segala impian aku... Aminnn... 


No comments:

Post a Comment